Pengamat: Pentas Wayang Wong Johor Perlu Disokong Kerajaan Malaysia

MIMBAR PUBLIK.COM-Penggiat Seni Jawa dari Jurung Singapura, Fuad Zoso menilai Pĕntas Wayang Wong mĕlambangkan kĕmajuan bangsa Jawa di Johor, yang inginkan identiti tĕrsĕndiri. Ia mĕnonjolkan budaya yang sĕrba lĕngkap dĕngan kĕsĕnian luar biasa. Ia juga mĕnguatkan lagi kĕwibawaan jati diri anak-anak muda bangsa Jawa diperantauan.

“Pĕmĕrintah Malaysia harus sokong dan mĕngĕnali kĕwujudan peradaban Jawa di Johor juga Singapura. Sĕpĕrti juga sokongan yang sudah dibĕrikan pada kĕwujudan bangsa Mĕlayu Kĕlantan di Champa, Patani, Yala & Naratiwat, ” harapnya.

Pentas Wayang Wong di Kraton Mbak Anang, Muar, Johor berlangsung sukses dan mendapat aplaus dari penonton. Namun selama pementasan itu, ternyata panitia yang berasal dari warga Jawa di Johor, kurang mendapat sokongan pemerintah Johor maupun pemerintah Kerajaan Malaysia.

Prof DR Azizi Yusoff
dari UTHM menyayangkan ketidakhadiran pejabat Malaysia selama pementasan.

“Pada pandangan saya, kehadiran mereka-mereka ini sangat penting. Pertamanya, sebagai tanda hormat dan penghargaan masyarakat yang melakukan sesuatu untuk kampung mereka. Keduanya, kehadiran sebegini dapat mengeratkan lagi kerjasama sedia ada dan berkemungkinan bisa dikembangkan lagi, “ujarnya.

Hal senada juga disampaikan Prof Mohd DR. Kipli Abd Rahman dari UITM terkait minimnya dukungan pemerintah pada kegiatan seni budaya suku Jawa.

“Sokongan Kerajaan Malaysia adalah perlu bagi memastikan agenda negara dari aspek kelestarian seni persembahan tradisional tercapai seperti yang dihasratkan oleh kerajaan yang termaktub dalam Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DAKEN21), ” tuturnya.

Dalam jangka panjang, keterlibatan pihak kerajaan dan agensi adalah penting, bagi melestarikan warisan budaya serumpun serta memacu sokongan kepada penggiat budaya supaya janaan hiliran industri seni kreatif dan industri perlancongan di Parit Bugis Muar khususnya dapat dipertingkatkan dan mendorong ekonomi setempat.

Sokongan dan dokongan yang penuh oleh Kerajaan Malaysia di bawah
kementerian yang bertanggungjawab di dalam Pesta Bulan Mengambang –
Edisi Wayang Wong adalah sangat bertepatan. Ini adalah disebabkan nilai
budaya serumpun di antara Malaysia/Indonesia terjalin yang akan
mengakrabkan persahabatan dua negara. Gabungan watak, kolobrasi
pemuzik gamelan dua negara itu tersendiri sangat menarik. Justeru itu, adalah sangat bertepatan Kerajaan Malaysia
menyokong penuh Pesta Bulan Mengambang ini demi kelestarian budaya agar
berkembang dan terpelihara serta membuka mata pengiat-pengiat seni untuk
terus berkarya dan mempraktikkan budaya setempat, kata Encik Jamil Bin Bibit, Gemala Sari Seri Medan Batu Pahat Johor.

Ketua Pelaksana Pentas Wayang Wong Wak Joe ( Johari Paimin), selama pementasan penggiat seni saling bergotong royong dan memakai dana peribadi dan sumbangan masyarakat.” Yang Berat Sama Dipikul Dan Yang Ringan Sama Dijinjing” , tapi sayangnya tidak ada pihak atau syarikat yang mau menyokong dana, “cerita Johar.
Pihak wartawan juga memandang sepi kecuali media elektronik RTM. (Tata)

Review us!